RESEPI 101: LAKAR MASA DEPAN ANDA, 9 DARI 10 ORANG BERJAYA DENGAN KAEDAH INI
- Tuan Faizal Aris
- Jun 3, 2016
- 4 min read

Salam bahagia, kaya dan beragama.
Saya Faizal Aris,
Menakjubkan apabila 9 daripada 10 orang yang menggunakan kaedah ini berjaya mengubah kehidupan mereka. Melakar imaginasi kehidupan mampu mengubah erti kehidupan anda dari biasa-biasa kepada individu yang luar biasa. Otak manusia lebih teransang apabila melihat sesuatu gambaran daripada membaca tulisan. Teori sahih ini berlaku apabila sebuah syarikat terkemuka dunia iaitu Coca-Cola telah menghasilkan visi korporat mereka dengan menggunakan lakaran (lukisan) untuk menerangkan hala tuju syarikat mereka pada masa hadapan. Kesannya amat memberangsangkan kerana sebelum ini visi syarikat hanya ditulis mengikut perkataan dan apabila ditanya kepada kakitangan syarikat mengenai kefahaman terhadap visi syarikat, hanya 38% sahaja kakitangan yang memahami visi mereka dan apabila syarikat telah mengubah visi mereka kedalam bentuk lukisan, wow memang menakjubkan apabila hampir 89% kakitangan mereka faham akan visi syarikat mereka. Ini yang dikatakan "human can get more inspired through picture rather than a bit of words". Bagi anda yang mahu mengubah kehidupan daripada satu kehidupan yang kurang kegembiraan atau kurang dorongan kepada satu kehidupan yang lebih gembira dan lebih mendorong diri kepada kejayaan, maka anda perlu berhenti daripada menulis diari anda dan mencipta perkataan mutiara hidup anda. Beli pensil mewarna, beli kertas lukisan dan mulakan melukis (melakar) impian kehidupan baru anda "Take your pencil and start draw your desired new reality". Tak kisahlah jika anda tidak pandai sangat dalam lukisan, yang penting anda faham dengan lukisan anda, itu sudah memadai.
Macam mana nak start melukis?
Dalam melukis apa yang perlu anda aktifkan ialah otak kanan anda. Bagi peluang otak kanan anda berimaginasi untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif didalam pemikiran anda.
Langkah Pertama (Draw your Current Reality Scenario)
Perkara pertama yang anda perlukan ialah lukis keadaan anda sekarang, apa kerja anda, bagaimana perhubungan anda (sosial network), bagaimana hubungan anda dengan keluarga, bagaimana kewangan anda dan pengaruh-pengaruh lain yang selalu merosakkkan kehidupan dan kegembiraan anda. Jika kerja anda sekarang terlalu berat atau terlalu banyak, anda boleh lukis gambar fail-fail yang tinggi. Jika anda ada bos yang suka membebel, mungkin anda boleh lukis gambar bos anda macam rupa hantu sambil marah anda. Jika anda kesunyian mungkin anda boleh lukis gambar anda tinggal dalam penjara, jika anda hanya ada gaji yang sedikit, maka anda boleh lukis gambar duit hanya suku dalam satu balang. jika anda anda kekurangan masa didalam hidup, maka mungkin anda boleh lukis gambar jam "working hour" yang terlalu panjang. Anda boleh lukis apa sahaja yang anda rasa ia cukup mendatangkan kemurungan dalam diri anda. Lagi banyak anda lukis, ia lebih baik kerana ia akan mengambarkan berapa tenatnya diri anda ketika ini.

Contoh lakaran 'current reality'
Langkah Kedua (Draw your Desired New Reality)
Perkara kedua yang perlu anda lakukan ialah melukis apakah impian baru anda. Jika semua faktor negatif yang terdapat pada lakaran pertama anda, maka pada langkah kedua ini semua perkara-perkara negetif tersebut anda perlu tukar kepada keadaan positif contohnya jika kerja anda sekarang terlalu berat maka anda boleh lukis yang anda sekarang telah ada kerja baru dan anda boleh lukis beberapa orang yang membantu anda melaksanakan kerja baru anda. Jika anda dulu anda ada bos yang suka membebel.. maka anda boleh lukis gambar bos anda seperti hantu dan pangkah gambar tersebut, mungkin anda pangkah bos anda kerana anda berimpian untuk menjadi bos kepada diri sendiri. Jika dulu anda sunyi (lonely), maka anda dah boleh lukis anda mempunyai ramai kawan-kawan. Anda juga boleh lukis gambar balang yang melimpah dengan duit dan sama banyak dengan kasih sayang yang anda boleh berikan. Anda juga boleh lukis gambar anda gembira bersama isteri/suami anda. Anda boleh lukis gambar jam yang sudah patah jarumnya mungkin kerana sekarang anda sudah kawal masa anda sendiri. Anda juga boleh lukis anda melancong serata dunia, mungkin boleh juga tambah gambar mentol idea kerana anda telah berjaya menawan kembali kehidupan anda dengan idea anda. Bermacam-macam lagi anda boleh lukis mengenai impian anda dan jangan lupa untuk warnakan dengan warna-warna yang berupaya meningkatkan dan menyegarkan keinginan anda.

Contoh 'desired new reality'
Langkah Ketiga ('Link")
Perkara ketiga ini sangat mudah iaitu anda perlu link kan diantara lakaran keadaan sekarang dengan lakaran imaginasi impian baru anda (Desired New Reality). Tiga kata kunci utama bagi membolehkan anda untuk kuat bergerak daripada keadaan sekarang kepada keadaan baru anda ialah;
1 - LIHAT (see it)
2 - PERCAYA (Believe it)
3 - BERTINDAK (Act on it)
LIHAT (see it)
Anda perlu lihat lakaran anda dengan sepenuh hati apa yang anda mahu jadi pada masa hadapan anda. Lihat lakaran kehidupan baru anda sehingga ia menghasilkan satu semangat yang membara dan tingkat kecenderungan (passion) anda kearah gol baru anda.
PERCAYA (Believe it)
Setelah anda melihat lakaran kehidupan baru anda, tanamkan didalam hati anda bahawa anda percaya ini adalah kehidupan anda pada masa hadapan. Walau apa halangan yang berlaku nanti.. anda tetap perlu beralih kepada kehidupan yang anda impikan. Anda harus percaya dengan sepenuh hati anda bahawa "This is my life in the future and i want it".
BERTINDAK (Act on it)
Setelah anda lihat dan percaya padanya dengan sepenuh hati anda, inilah masa untuk anda bangkit segera. Lakukan perubahan, segera bertindak tetapi jangan bertindak secara mengejut, lakukakan secara perlahan-lahan tetapi konsisten. Mungkin anda melakar ingin menjadi bos kepada kepada diri sendiri, mungkin anda perlu mula mencari potensi diri anda dan mula mempelajarinya sehingga faham. Langkah yang paling ringkas untuk anda mulakan tindakan anda ialah ambil telefon anda, cari nombor telefon rakan-rakan anda yang berjaya menjadi bos kepada diri sendiri dan hubungi mereka ini dan tanya mereka "bagaimana mereka dapat buat semua ini?".

Contoh "Realiti Masa Depan yang sudah siap"
Inilah kaedah yang mungkin boleh anda praktikkan bagi anda mengejar impian hidup anda suatu hari nanti. Tidak salah untuk anda berimaginasi, yang penting biarlah cara anda berimaginasi akan berupaya menjadi realiti. Kesalahan terbesar yang Mat Jenin buat ialah dia berimaginasi tanpa pen dan kertas!!!!
Semoga kita berjumpa lagi. Salam bahagia, kaya dan beragama.
Comments