Nasihat kerjaya bebas dan berjaya oleh Tuan Faizal Aris - Rahsia untuk bebas bekerjaya.
Nota Terkini! Sign up untuk FREE Nota Penting Bulanan
Izinkan Saya Memperkenalkan Diri
Siapa Saya
Nama penuh saya Tuan Faizal Aris, Kelahiran jati Malaysia yang telah ditakdirkan lahir sebagai seorang "SCANNERS", berjiwa "IMBAVERT' dan "LORD". Berkulit cerah, kuat berimaginasi, mahir guna otak kanan, meminati bercakap dan komedi serta sangat "Talkative". Cenderung sebagai pemerhati, suka melancong, suka mengkaji/mencuba perkara baru, suka berfikir gila-gila, cepat bosan, tidak suka mengambil risiko, minat merancang/strategi, kadang-kadang suka berada di khalayak ramai, kadang-kadang suka berseorangan. Sangat cenderung (special interest) dalam mengkaji perwatakan dan mencungkil bakat di dalam diri manusia serta bidang perniagaan.
Kenapa saya buat semua ini
Kisah ini bermula semasa saya mula mengkaji diri sendiri. Dengan menghabiskan 3 buku setiap sebulan selama 3 tahun dan berguru dengan ahli profesional dan psikologi bagi mendapatkan jawapan iaitu kenapa saya "cepat bosan". Semenjak kecil saya berpindah-pindah sekolah dan pusat pengajian tinggi dan zaman berkerjaya menyaksikan lapan kali saya bertukar karier dalam tempoh 18 tahun. (Purata 2.25 tahun bagi satu kerjaya). Kerisauan kerana adakah saya berpenyakit mental telah terjawab iaitu saya ialah seorang yang berfikiran scanners dan bukannya ada penyakit mental/gila. Sekarang ini saya sudah memahami bahawa bebas berfikir, bercakap dan tidak terikat dengan masa dan keadaan sangat sesuai bagi kerjaya saya. Jika saya mengkaji diri saya seawal umur 18 tahun dahulu sudah pasti saya telah awal berjaya dalam kerjaya yang diminati dan mungkin sekarang ini telah pun bersara bahagia, kaya dan beragama.
Apa yang saya boleh kongsi dengan anda?
Saya membuat kesilapan demi kesilapan ketika berada di zaman muda. Saya menjadi sedemikian adalah kerana saya tidak dapat mengenali sedalam-dalamnya diri saya dan menjadi diri saya yang sebenar. Mungkin ini adalah silap saya ataupun silap besar apabila tiada sesiapa didalam dunia ini yang mahu membimbing saya dan mencungkil potensi yang ada didalam diri saya. Saya tidak mahu kesilapan ini berulang kepada anak-anak saya dan generasi muda masa kini terutamanya kepada mereka yang sedang merasa sakit terperangkap oleh kerjaya mereka sekarang ini atau pelajar-pelajar yang akan memasuki pusat pengajian tinggi atau yang akan memulakan kerjaya di luar sana. Apabila kita silap sekali kesannya akan berpanjangan dan penderitaan jiwa yang tiada berkesudahan. Atas rasa tanggungjawab sedar ini, saya mahu berkongsi pengetahuan kepada sesiapa sahaja (perseorangan atau berkumpulan) yang mahu mengenali diri mereka yang sebenar supaya tidak menerima penderitaan jiwa dan kehidupan yang parah kerana tersilap didalam memilih kerjaya atau kursus di IPT. Saya akan pastikan anda semua akan mendapat pengalaman yang hebat, berjaya didalam karier yang dipilih dan yang paling penting mereka dapat "KERJA BEBAS", hidup bahagia, mendapat pendapatan yang lumayan, bekerja dengan bakat dan kemahiran semulajadi yang telah berjaya dicungkil. Ini semua pasti terhasil apabila
"ANDA TELAH BENAR-BENAR FAHAM DAN TAHU SIAPAKAH DIRI ANDA YANG SEBENAR-BENARNYA DAN TAHU KERJAYA DAN KEINGINAN YANG SESUAI DENGAN ANDA"
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tuan Faizal Aris di talian 012 580 0686. Semoga anda bahagia, kaya dan beragama.
