top of page
Search

SITUASI 101: APABILA KERJA HARIAN SUDAH BOSAN DENGAN ANDA

  • Tuan Faizal Aris
  • Mar 16, 2016
  • 3 min read

Salam Bahagia, Kaya dan Beragama. Saya Faizal Aris. Bertahun-tahun saya menempuh alam karier yang amat memenatkan dan amat menyedihkan. Pada waktu itu saya amat menghargai dan sangat sayang pada hari hujung minggu. Saya sangat gembira pada tepat jam 5 petang hari jumaat dan sangat sedih pada jam 2 pagi malam hari ahad kerana hari ahad akan tamat tidak lama lagi. Kadangkalanya saya sanggup untuk tidur lewat hingga ke lewat pagi hari ahad kerana saya mahu memberi masa yang panjang pada hari ahad tersebut bagi saya menikmatinya. Sekiranya saya tidur awal maka hari isnin sangat cepat menjelma. Bagi hari isnin, selasa, rabu dan khamis saya akan tidur awal kerana saya mahu mempercepatkan hari-hari tersebut. Pelik kan? tetapi itulah realiti kehidupan saya yang sebenar pada waktu itu. Apa daya saya, pada waktu itu saya amat memerlukan duit untuk menyara kos hidup diri sendiri dan keluarga. Kehidupan melakukan tugasan yang sama setiap hari yang pada awalnya memberikan keseronokan akhirnya bertukar mimpi ngeri apabila tugasan-tugasan tersebut sudah semakin bosan dengan saya. Apabila permintaan tugasan yang semakin lama semakin berat, semakin birokrasi, semakin merumitkan, daripada ringkas menjadi semakin kompleks, perlukan lebih banyak surat sokongan daripada biasa, kena jumpa banyak orang untuk mendapatkan kelulusan dan audit yang tidak berhenti-henti seolah-olah tidak mempercayai tugas yang saya laksanakan membuatkan pada ketika itu saya terfikir;"KERJA INI SUDAH BOSAN DENGAN AKU, MAKIN LAMA MAKIN BANYAK TAMBAHAN KERJA YANG DIA NAK SURUH AKU BUAT, KALAU DIA TAK BOSAN DENGAN AKU MESTI SEMAKIN HARI SEMAKIN MEMUDAHKAN TETAPI SEKARANG DAH TERBALIK, SEMAKIN MENYUSAHKAN"


Ini adalah tanggapan saya ketika itu, saya rasa ramai juga orang diluar sana yang terperangkap dengan situasi sebegini. Bertahun-tahun juga saya cuba mengubah suasana ini dengan bertukar karier dari masa ke semasa tetapi hasilnya tetap sama, Kerja tetap bosan dengan saya. Saya harus mencari sebab dan punca kalau tidak kehidupan yang diberikan oleh tuhan kepada saya akan menjadi sia-sia. Saya mula membaca buku-buku motivasi dan biografi orang-orang ternama. Tokoh-tokoh besar seperti Bill Gates (Microsoft Founder), Steve Jobs (Apple Founder), Henry Ford (Ford Motor Company), Tun Mahathir Mohamad (Bekas Menteri Malaysia), Syed Mukhtar Al-Bukhari (Yayasan Bukhari) dan banyak lagi tokoh-tokoh lain samada di bidang politik mahupun perniagaan mula membuatkan saya mulai sedar apakah erti kerjaya dan peranan yang sebenar bagi seorang manusia apabila dilahirkan dimuka bumi. Penemuan buku "mudahnya menjemput rezeki" adalah satu penemuan yang amat hebat didalam hidup saya. Walaupun buku tersebut nipis sahaja tetapi kesan daripada pemahaman buku tersebut amat menakjubkan. Saya mengambil masa yang sangat lama untuk menghabiskan buku tersebut kerana setiap helaian yang saya baca akan mengalirkan air mata.


Saya bersyukur apabila ditemukan dengan artikel "DO WORK NEVER BORED WITH YOUR - LIFE WILL MEAN (BUAT KERJA YANG TIDAK PERNAH BOSAN DENGAN ANDA - HIDUP PASTI BERMAKNA)". Artikel yang ditulis sangat menarik hati dan perasaan ingin tahu lebih lanjut mengenai pengertian artikel tersebut. Saya mula google di internet, saya mula membeli buku-buku yang berkaitan dan keluarkan sikit duit untuk menghadiri seminar-seminar pendek. Pengalaman yang sangat menarik dalam hidup saya kerana selama ini saya tidak pernah membaca, mengulangkaji dan bersengkang mata hingga lewat malam hanya semata-mata untuk belajar. Seperti kata orang "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Hasil daripada usaha tersebut saya menemui resepi sebenar untuk melakukan tugasan yang terbaik di dunia ini ialah dengan menggunakan POTENSI DIRI yang ada didalam diri setiap manusia. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza. Tugas manusia adalah saling melengkapi diantara satu sama lain. Saya membuat keputusan untuk menggunakan potensi diri dan perbezaan yang ada didalam diri saya bagi membantu menutup kekurangan orang lain dan sekaligus menyelesaikan kekurangan mereka. Inilah penemuan yang bagi saya merupakan cahaya hidayah dari tuhan dan hadiah dariNYA atas usaha yang telah saya lakukan. Jadi nasihat saya kepada anda semua di luar sana yang sedang mengalami masalah yang sama seperti saya dahulu;


1. KAJI POTENSI DIRI, CARI KEKUATAN & KEKURANGAN DIRI, TAMBAH ILMU YANG

BERKAITAN SETELAH TAHU POTENSI DIRI.


2. SETELAH TAHU APA YANG NAK DIBUAT AYUH KELUARLAH DAN BANTULAH MANUSIA,

TUTUP KEKURANGAN MEREKA DENGAN POTENSI KEKUATAN KITA.


3. INSYAALLAH DENGAN CARA TERSEBUT, KERJA TIDAK AKAN BOSAN DENGAN KITA DAN

PERCAYALAH REZEKI AKAN DIJEMPUT HADIR KE RUMAH KITA TANPA PERLU KITA

MENCARINYA.


Kalau anda mahu berubah dari kerja sekarang ke kerja seperti diatas, pastikan anda telah laksanakan tiga perkara diatas terlebih dahulu. Jika sudah dilaksanakan. Ayuh! silakan keluar segera dari tugas harian anda. Saya jamin tugasan ini amat menyeronokkan.


"Sesiapa yang tidak memuhasabah dirinya di dunia, maka dia berada di dalam kelalaian." (Ibun al-Qayyim)


Semoga berjumpa lagi. Salam Bahagia, Kaya dan Beragama.


 
 
 

Comments


Tuan Faizal Aris -
Usahawan, Speaker & Change Maker
BENGKEL TEKNIK KENALI POTENSI DIRI

 

AKAN DATANG
(COMING SOON)
 

Adakah Anda bersifat Udara, Tanah, Besi atau Api. Ingin tahu Kelebihan dan Kelemahan anda. Daftar Segera Saya Nak Anda Dapat Jana kekayaan secara semulajadi dengan sifat anda.  

Business Plan

Writing A-Z

 
FREE COURSE
(Valued at $250)
 

Learn all you need in order to create a

stellar business plan for your endeavor!

Buku Pilihan Saya
 

Berminat untuk dapatkan senaskah sebagai teman tidur. Hubungi saya 012- 5800 686

Search By Tags
  • Facebook Black Round
  • Google+ - Black Circle
  • Twitter - Black Circle

© 2016 KerjaBebas101. Hakcipta Terpelihara

  • Facebook Black Round
  • Google+ - Black Circle
  • Twitter Black Round
bottom of page