RESEPI 101: MINAT ADALAH AIR DAN POTENSI DIRI ADALAH KURNIAAN
- Tuan Faizal Aris
- Mar 16, 2016
- 3 min read
Salam bahagia, kaya dan beragama, Faizal Aris menulis lagi. Banyak diantara kita mencari kerjaya yang diminati. Kebanyakannya daripada anak-anak muda lebih gemar kepada kerjaya yang diminati itu boleh memberikan ganjaran yang lumayan atau popular. Secara umum, pengertian minat adalah perhatian yang mengandung unsur-unsur perasaan. Manakala potensi diri adalah kurniaan genetik seseorang yang berbeza dan sukar untuk dipelajari.
Minat merupakan dorongan atau keinginan dalam diri seseorang pada objek tertentu. Misalnya, minat terhadap pelajaran, olahraga, atau hobi. Minat bersifat peribadi (individual). Ertinya, setiap orang memiliki minat yang berbeza dengan minat orang lain. Minat berkaitan erat dengan motivasi seseorang, sesuatu yang dipelajari. serta dapat berubah-ubah tergantung pada kebiasaan, pengalaman, dan keaddan yang sedang 'trend'. Minat bukan bawaan sejak lahir. Faktor yang mempengaruhi munculnya minat seseorang tergantung pada sosial, emosi, persekitaran dan pengalaman. Minat diawali oleh perasaaan senang dan sikap positif.
Manakala Potensi dapat ditakrifkan sebagai kemampuan dasar dari sesuatu yang masih terpendam didalamnya yang menunggu untuk diwujudkan menjadi sesuatu kekuatan nyata dalam diri sesuatu tersebut (Wiyono, 2006). Dengan demikian potensi diri manusia adalah kemampuan hakiki yang dimiliki manusia yang masih terpendam didalam dirinya yang menunggu untuk diwujudkan menjadi suatu manfaat nyata dalam kehidupan diri manusia.
Sebab itu kita sedar bahawa minat selalu berubah-ubah. Mungkin pada zaman kanak-kanak kita minat menjadi seorang tentera, kemudian apabila masuk ke sekolah menengah kita berminat pula untuk menjadi seorang jurutera dan pada masa yang sama kita berpindah ke satu kawasan yang terpencil dan kita lihat pada masa itu Tok Penghulu cukup berperanan didalam kawasan tersebut sehingga beliau dihormati kesana dan kesini maka secara tiba-tiba minat kita telah bertukar daripada seorang jurutera kepada Tok Penghulu pulak. Apa dah jadi dengan minat untuk menjadi seorang tentera dan jurutera?.
Sebab itu saya mentakrifkan bahawa minat ini adalah seperti aliran (Flow) air sungai didalam kehidupan kita. Ia bergerak mengikut keadaan fizikal sungai tersebut. Jika sungai itu lurus maka flow air itu lurus dan apabila sungai itu bengkang-bengkok maka flow air pun akan bengkang bengkok. Ada sesetengah kawasan sungai, flow air bergerak perlahan dan ada sesetengah kawasan sungai, flow air bergerak laju dan ada juga kawasan sungai, flow air sangat ganas. Boleh dikatakan juga minat kita selalunya dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Sebab itu bagi pendapat saya, minat sahaja tidaklah bersifat "ULTIMATE" jika tidak disertakan dengan memahahami potensi diri. Minat boleh pupus begitu sahaja dan boleh diganti dengan minat baru yang lain tetapi tidak bagi potensi diri kerana ia tidak akan lupus dan luput tarikh. Potensi diri adalah kurniaan istimewa dari tuhan yang sejak lahir sudah dibenihkan didalam diri kita, jadi ia perlu dicungkil dan digilap agar kita dapat mencari kebahagian secara lebih unik dan mengikut kehendak dan kemahuan jiwa tanpa sebarang paksaan.
Oleh sebab itu saya menyarankan agar anda mencari dan mencungkil potensi diri terlebih dahulu. Pastikan kekuatan kita, pastikan kelemahan kita dan tentukan bahawa anda adalah tergolong didalam genius jenis apa dan tahap apa. Setelah anda tahu semua ini, baru boleh dipairkan dengan minat anda dan kenalpasti ia sesuai dikahwinkan atau tidak. Jika tidak sesuai, penerokaan minat yang relevan dengan potensi diri perlu dicarigali. Percayalah kata-kata saya;
"APABILA MINAT DAN POTENSI DIRI SUDAH DISELARASKAN, ANDA AKAN MENIKMATI KEHIDUPAN SEOLAH-OLAH BERMAIN SETIAP HARI TANPA RASA JEMU DAN YANG PASTINYA HARI-HARI ANDA AMAT MENGEMBIRAKAN".
Tetapi jika anda tidak menyelaraskan di antara minat dan potensi diri, sedarlah bahawa anda sedang membuang masa dan tidak menghargai kurniaan istimewa dari tuhan. Sangat rugi apabila anda ditiupkan nyawa untuk lahir didunia dan akhirnya diambil balik nyawa tanpa memberi bantuan yang besar kepada kehidupan manusia lain.
Dengan itu, ambil masa anda, kenali potensi diri dan polish potensi tersebut kerana sudah pasti potensi diri anda mampu memberi nilai dan impak yang tinggi kepada kehidupan manusia lain.
Selamat berjumpa lagi, Salam bahagia, kaya dan beragama.
Comments