top of page
Search

SITUASI 101: NAK ORANG BELI TAPI SOMBONG

  • Tuan Faizal Aris
  • Mar 2, 2016
  • 3 min read

Assalamualaikum dan salam bahagia, kaya dan beragama. Izinkan saya perkenalkan diri saya, nama saya Faizal Aris. Kebetulan saya semalam ke Putrajaya dan balik dari Putrajaya saya singgah di RNR Tapah untuk berehat dan minum petang sebentar. Setelah saya duduk disuatu penjuru dikawasan food court tiba-tiba pandangan saya terarah kepada seorang wanita jurujual jalanan yang nampaknya cukup giat menjalankan aktiviti perniagaan menjual produk madu asli kepada orang ramai yang sedang menikmati hidangan minum petang mereka. Hati kecil saya mula tergerak untuk memerhatikan jurujual tersebut kerana bagi saya jurujual jalanan adalah antara insan yang amat saya kagumi. Ini kerana bukan mudah untuk menjadi jurujual jalanan. Seseorang yang mahu menjadi jurujual jalanan secara rela ataupun terpaksa rela mesti memerlukan hati dan jiwa yang cekal kerana kita sedia maklum bahawa kita sendiri pun meluat dengan jurujual jalanan ini kerana kadang-kadang kita merasakan mereka ini adalah pengacau dan menyemakkan kita tambahan lagi ketika kita sedang menikmati jamuan yang sedap-sedap di warung atau di restoran. Ada yang sanggup memarahi jurujual kerana menggangu mereka dan ada jurujual yang kena tengking kerana masih degil menjual produk mereka walaupun berkali-kali telah diberitahu bahawa kita tidak berminat. Wahai jurujual jalanan sekalian, sebenarnya didalam lubuk hati saya sedarlah bahawa saya amat mengkagumi anda semua dan anggaplah saya adalah peminat rahsia (secret admire) anda. Kepada semua jurujual jalanan anda pasti mengalami pengalaman hidup yang getir, suasana alam yang tidak menentu, panas, hujan, ribut dan seumpamanya adalah merupakan hadiah yang ternilai dari ilahi untuk anda. Rahsia besar untuk anda bahawa sebenarnya saya juga adalah bekas jurujual jalanan suatu ketika dahulu. Menjual ubat kurap, minyak wangi, ubat seliuh dan macam-macam lagi. Berjalan dari satu tempat ke satu tempat memang memenatkan ditambah lagi dengan herdikan orang, perli orang dan kutukan orang menyebabkan perasaan patah hati sentiasa berada didalam cengkerang jiwa kita.


Oklah saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kisah silam saya yang dahulu. Saya kembali kepada kisah hari ini iaitu wanita jurujual jalanan RNR Tapah ini. Mata saya mengarah kepada beliau dan dapat melihat serta mendengar suara beliau menjual produk kepada pelanggan sasaran. Antara perbualan yang sempat saya rakamkan untuk anda adalah seperti berikut:

Jurujual: "Assalamualaikum tuan haji.. saya ada jual produk madu lebah asli yang wangi dan

juga setiap jualan madu lebah ini akan didermakan kepada rumah tahfiz untuk

membiayai pembelajaran, makan minum dan tempat tinggal mereka. Mereka ini

anak-anak yatim seramai 70 orang, belilah tuan haji.. sambil membeli sambil

menderma" (Tidak senyum langsung sambil mengeluarkan gambar-gambar tahfiz).

(Jurujual ini membuka tudung botol madu lebah dan menghalakan muncung botol

ke hidung pelanggan) "cubalah bau madu ini, memang wangi" (sambil menghala

lagi muncung botol ke hidung pelanggan beberapa kali untuk dicium).

Pelanggan: (Dalam keadaan yang tidak selesa) "Maaf saya tak beli, maaf yer, lain kali saja"

Jurujual: "Tuan haji ini derma sedekah jugak tuan haji, bukan membeli saja"

Pelanggan: Saya dah derma banyak kali dah hari ni.. tadi pun saya dah derma, semalam

pun saya dah derma" (Dalam nada mengherdik).

Jurujual: (Dengan muka yang masam) "ini bukan untuk saya, jualan ini untuk tahfiz, kesian

mereka tuan haji.

Pelanggan: Lain kalilah yer, saya lapar nak makan ni. Lain kali yer maaf yer (terus makan)

Jurujual: (Dalam muka yang masam terus meninggalkan pelanggan)

Alangkah terkejut saya apabila melihat situasi ini. Kesian pun ada, memang patut pelanggan tak beli pun ada. Dahlah sombong lepas itu memaksa orang membeli pula. Saya melihat gerak geri dan cara jurujual ini menjual produk, masih lagi sama. Hati saya sudah tidak dapat bersabar lagi dan terus memberikan isyarat memanggil jurujual ini ke meja saya. Berlari jurujual ini ke meja saya mungkin dengan sangkaan bahawa saya akan membeli produknya. Sampainya sahaja ke meja saya, beliau terus buka produk dan tunjukkan kepada saya.. saya kata nanti dulu adik.. duduklah dulu kerana ada beberapa perkara yang saya nak tanya mengenai produk ni. (saya buat helah). Selepas tu jurujual itu pun bersetuju. Nampaknya saya sudah berada depan-depan dengan jurujual tersebut (face to face kalau dalam bahasa mat saleh).


Seperti biasa saya memperkenalkan nama saya kepada beliau dan...................


BERSAMBUNG KE POST AKAN DATANG KERANA SAYA RASA DAH AGAK PANJANG UNTUK POST KALI INI. KALAU BACA TERLALU LAMA SAYA PASTI BUAT ANDA BOSAN. JALAN YANG TERBAIK SAYA SAMBUNG SITUASI INI PADA POST YANG AKAN DATANG.


Assalamualaikum, jumpa lagi, salam bahagia, kaya dan beragama.



 
 
 

Comments


Tuan Faizal Aris -
Usahawan, Speaker & Change Maker
BENGKEL TEKNIK KENALI POTENSI DIRI

 

AKAN DATANG
(COMING SOON)
 

Adakah Anda bersifat Udara, Tanah, Besi atau Api. Ingin tahu Kelebihan dan Kelemahan anda. Daftar Segera Saya Nak Anda Dapat Jana kekayaan secara semulajadi dengan sifat anda.  

Business Plan

Writing A-Z

 
FREE COURSE
(Valued at $250)
 

Learn all you need in order to create a

stellar business plan for your endeavor!

Buku Pilihan Saya
 

Berminat untuk dapatkan senaskah sebagai teman tidur. Hubungi saya 012- 5800 686

Search By Tags
  • Facebook Black Round
  • Google+ - Black Circle
  • Twitter - Black Circle

© 2016 KerjaBebas101. Hakcipta Terpelihara

  • Facebook Black Round
  • Google+ - Black Circle
  • Twitter Black Round
bottom of page