top of page
Search

SITUASI 101: STRESS / TEKANAN KERJA

  • Tuan Faizal Aris
  • Feb 29, 2016
  • 4 min read

Assalamualaikum wbt. Saya perkenalkan nama saya Faizal Aris. Situasi menarik untuk anda: Kerja, kerja, kerja dan kerja!!. Sebagai manusia biasa kerjaya tidak dapat dipisahkan dari hidup kita melainkan kita dilahirkan tanpa otak dan tidak kenal erti duit. Kerja ialah perbuatan yang kita lakukan bagi menghasilkan sesuatu yang memberi impak kepada manusia yang lain dan tidak semestinya mendapat balasan walaupun pada zaman sekarang amat mustahil setiap kerja yang dilaksanakan tanpa mengharapkan sesuatu dari orang lain. Sudah menjadi amalan setiap orang yang mahukan kerja yang hebat dan diberikan ganjaran berbentuk gaji yang lumayan samada diberi secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau per jam. Bagi pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajian tentulah mencari pekerjaan yang berstatus tinggi dan bergaji lumayan menjadi keutamaan. Tidak kisah apa kerja sekalipun yang penting ia bergaji lumayan kerana zaman sekarang "no money no talk". Tindakan job seeker ini bagi saya amat merbahaya apabila meletakkan status jawatan dan gaji sebagai syarat utama untuk menerima sesuatu pekerjaan. Tinjauan Utusan Malaysia bertarikh 8 Mei 2015 menjelaskan hampir 74% tidak berpuas hati dengan pekerjaan semasa mereka. Majoriti 61% responden menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang mereka laksanakan. Kajian daripada Regus Research (sebuah syarikat penyedia pekerjaan global) menggangarkan hampir 70% pekerja negara ini mengalami tekanan kerja yang hebat berikutan masalah ketidaktentuan ekonomi yang melanda Malaysia ketika ini. Mengapakah ini terjadi?. Mungkin beberapa fakta dibawah adalah punca kepada tekanan / stress di dalam pekerjaan.


1) Kerja teruk gaji murah.

2) Bos terlalu straight dan tidak memahami pekerja "saya tidak mahu tahu masalah, yang saya nak esok siap!!!'. slassh hati macam ni.

3) Bos terlalu kuat mengarah dan terlebih komited (terlebih gula) sehinggakan hari cuti sabtu dan ahad whatsaap masih lagi berdering "ting" "ting".

4) Dah buat kerja bermacam bagai, langsung tiada pengiktirafan.

5) Jemu dengan persekitaran yang sama dan rutin kerja harian yang sama.

6) Semakin hari semakin banyak kerja yang perlu dibuat sedangkan tangan ada dua ajer..

7) Kerja OT setiap hari hingga anak dah mula tidak kenal ibu dan bapa.

8) "Aku belajar bidang lain.. buat kerja bidang lain.. mati lah aku".

9) Yang belajar bidang IT pula dianggap macam semua tahu sedangkan pengkhususan hanya satu jer.

10) Sekejap-sekejap out station, sekejap-sekejap outstation.. kerja harian dah bertimbun.

11) Suasana kerja yang tidak sihat seperti banyak kaki ampu, kroni, tidak ada kerjasama antara staf, dengki dan lain-lain lagi.

12) Kerja sampai sakit.. walaupun sakit.. kerja tetap bertimbun-timbun.

13) Hilang interest pada kerja semasa, sudah tiada passion pada kerja (Masalah bagi golongan 'scanner')

14) Walaupun gaji banyak tapi masa tiada.. masa dengan family dan sosial kurang.. mana boleh tahan.

15) Penderitaan berada dalam zon 9.00 pagi hingga 6.00 petang sehingga merasakan seperti berada di Neraka.

16) Kenapa aku seorang saja yang kena buat banyak kerja sedangkan kawan-kawan sepejabat yang lain tidur jer waktu pejabat.

16) Arahan semuanya nak cepat, pagi bagi petang nak siap.

17) Siang malam pagi petang buat kerja, alih-alih bos juga yang naik pangkat.. terbako, terbako.

18) Dan lain-lain lagi.


Ini adalah beberapa masalah punca-punca terjadinya tekanan atau stress kepada kita. Jika anda ada mempunyai salah satu daripada tanda-tanda diatas mungkin sudah ada benih-benih stress didalam diri anda. Ada juga pendapat yang menerangkan bahawa manusia susah untuk dipacu jika tidak diberi tekanan. Yep, saya sangat setuju dengan ayat tersebut yang selalunya keluar dari mulut bos-bos kita tetapi ia mesti ada hadnya. Untuk ini saya akan kupas lebih lanjut pada resepi101 atau situasi101 yang akan datang.


Mengenangkan perkara inilah web kerjabebas101 saya wujudkan. Saya percaya apabila tugasan dan kerja yang dilaksanakan didalam keadaan yang kita sukai serta ia menepati keperibadian, sikap dan interest kita, maka ia seperti kita 'bermain' untuk menyiapkan tugasan tersebut. Ada orang yang enjoy dengan tugas mereka, ada yang merasakan kerja mereka memberi mereka peluang untuk menerokai kekuatan yang ada pada diri mereka. Sambil berhibur, bermain dan bersuka ria di dalam kerjaya merupakan matlamat kita semua termasuk diri saya sendiri kerana menjadikan otak kita sentiasa fokus dan bertenaga. Walaubagaimanapun setiap orang tidak sama cara permainannya. Ada yang suka bermain di padang, ada yang suka bermain di kawasan yang ramai orang dan ada pula yang gemar bermain di dalam rumah sahaja secara berseorangan. Pokok pangkal yang paling penting ialah anda mesti mengenali diri dan potensi diri anda yang sebenar kerana ia merupakan kunci kepada bagaimana anda dapat menukar kerjaya anda kepada satu permainan yang mengembirakan dan yang paling utama ialah anda bebas untuk menikmati kerja tersebut.


AMALI: Pergi ke mana-mana kawasan percutian yang menenangkan. "sit back and relax" renung pemandangan yang indah dan didalam fikiran anda.. cuba fikirkan adakah kerjaya anda memenuhi kehendak jiwa dan sikap anda.


DURASI AMALI: Ikut suka hati anda.


NOTA: Jika anda menepati kehendak jiwa dan sikap anda, saya ucapkan tahniah. Tetapi Jika ia tidak menepati kehendak jiwa dan sikap anda, AWAS anda perlu memberi ruang kepada jiwa untuk mengenali diri dengan sedalam-dalamnya. Jika anda berterusan berada didalam kerjaya yang tidak menepati kehendak jiwa dan sikap anda, saya yakin anda akan menyesal di kemudian hari apabila anda telah ketahui bahawa anda cuma HIDUP UNTUK MENEPATI JIWA DAN SIKAP ORANG LAIN DAN BUKANYA KEHENDAK JIWA DAN SIKAP ANDA.



 
 
 

Comments


Tuan Faizal Aris -
Usahawan, Speaker & Change Maker
BENGKEL TEKNIK KENALI POTENSI DIRI

 

AKAN DATANG
(COMING SOON)
 

Adakah Anda bersifat Udara, Tanah, Besi atau Api. Ingin tahu Kelebihan dan Kelemahan anda. Daftar Segera Saya Nak Anda Dapat Jana kekayaan secara semulajadi dengan sifat anda.  

Business Plan

Writing A-Z

 
FREE COURSE
(Valued at $250)
 

Learn all you need in order to create a

stellar business plan for your endeavor!

Buku Pilihan Saya
 

Berminat untuk dapatkan senaskah sebagai teman tidur. Hubungi saya 012- 5800 686

Search By Tags
  • Facebook Black Round
  • Google+ - Black Circle
  • Twitter - Black Circle

© 2016 KerjaBebas101. Hakcipta Terpelihara

  • Facebook Black Round
  • Google+ - Black Circle
  • Twitter Black Round
bottom of page