RESEPI 101: KEPENTINGAN PERLU KENAL DAN TAHU ANDA MANUSIA JENIS APA SEBELUM ANDA KELUAR BERJUMPA MAN
- kerjabebas101
- Feb 26, 2016
- 2 min read
Assalamualaikum wbt dan salam bahagia, kaya dan beragama, saya perkenalkan diri saya Faizal Aris. Resepi yang pertama sebelum ini saya membincangkan akan kepentingan anda untuk memperkenalkan diri anda setiap kali memulakan perbualan. Resepi memperkenalkan diri itu sangat penting terutamanya anda yang bercita-cita mahu menceburi bidang perniagaan dan mahu menjana jutaan ringgit. Saya berani memberi penyataan ini kerana dalam urusan perniagaan, tidak akan ada satu urusniaga pun yang berjaya jika pembeli tidak percaya kepada penjual dan penjual tidak percaya kepada pembeli. Kedua-dua mereka perlu saling kenal mengenali dan mempercayai baharulah urusan jual beli berjalan lancar. Pernahkah anda rasa jika anda menjual sesuatu produk atau servis kepada rakan-rakan lebih mudah dan selesa daripada menjual kepada orang yang tidak dikenali? Ya mudah bukan? Kenapa ini terjadi, jika anda penjual sebabnya mungkin;
1) Anda sudah kenal namanya 2) Anda sudah kenal alamat rumahnya 3) Anda sudah kenal sikapnya dan hati budinya
4) Anda sudah rapat dengannya.
Jika anda seorang pembeli pula mungkin sebab;
1) Anda sudah kenal namanya 2) Anda sudah kenal alamat rumahnya 3) Anda sudah kenal sikapnya yang dia jujur dan bukan penipu.
4) Anda sudah rapat dengannya.
Ia menjadi mudah bukan? ini kerana kepercayaan telah subur didalam hati dia dan hati anda. Atas dasar inilah saya mementingkan pengetahuan mengenal diri terlebih dahulu sebelum anda mengenal diri orang lain. Teknik-teknik untuk mengetahui siapa diri kita juga amat penting, tambahan lagi jika anda ingin memilih jurusan di IPT atau mahu memilih kerjaya atau yang paling ditakuti apabila anda mahu berkecimpung didalam alam perniagaan. Takut anda tidak sesuai didalam perniagaan dan usahawan atau produk/servis yang hendak ditawarkan kepada pelanggan tidak sesuai dengan anda maka apa yang akan terjadi ialah;
"MODAL LEBUR"
Ada seorang sahabat saya pernah LEBUR MODAL RATUSAN RIBU RINGGIT apabila setiap perniagaan yang diusahakan tidak pernah berhasil. Buka satu bisnes hingga sampai 2 tahun bisnes tutup, buka pula bisnes yang lain dalam tempoh 2 tahun tutup lagi dan buka lagi bisnes yang ketiga akhirnya LEBUR JUGA MODAL. Apabila saya berfikir akan nasib sangat malang yang menimpa sahabat saya ini, saya bertanya kepada sahabat saya ini adakah beliau sudah menilai potensi diri didalam dunia perniagaan? maka jawapannya adalah TIDAK. Beliau cuma mahu duit tambah tetapi akhirnya duit simpanannya sudah HABIS. Sebab itu ingin saya bertegas kepada anda bahawa ANDA PERLU BELAJAR TEKNIK MENILAI DIRI DAN MENCUNGKIL POTENSI DIRI supaya anda tidak melakukan perkara yang sia-sia di dunia dan yang paling ditakuti anda rugi ribuan malah ratusan ribu ringgit.
AMALI: Sebelum anda tidur, cuba ambil masa 30 minit, dengan hanya mendengar kata hati..cuba senaraikan kekuatan anda dan kelemahan anda.
DURASI AMALI: 30 minit setiap hari selama satu minggu.
NOTA PENTING: adakah setiap hari bertambah potensi diri dan kelemahan diri? Kalau bertambah atau berkurang.. Anda berada didalam situasi BAHAYA.
Comments