Resepi 101: Kenalkan diri anda kepada orang lain
- Tuan Faizal Aris
- Feb 25, 2016
- 2 min read
Assalamualaikum semua. Selamat petang (saya menaip sekarang ini diwaktu petang :) Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada anda semua ke KerjaBebas101. Sekali lagi saya memperkenalkan diri saya.
"Nama saya Faizal Aris, berketurunan melayu campuran sedikit dengan keturunan Belanda. Saya lahir dalam keluarga yang sederhana dan dibesarkan di kelilingi oleh pokok getah di kawasan Larut Matang, anak sulong dan sudah berkeluarga. Masih bekerjaya tetap ketika ini dan kerjaya saya sekarang ini tidaklah sehebat mana tetapi saya mempunyai kerjaya-kerjaya lain yang sungguh-sungguh mengembirakan saya. Saya sangat suka pada benda yang baru dan cukup teruja bagi mempelajari atau mendampinginya tetapi saya mempunyai masalah cepat bosan apabila sudah memahami perkara yang baru itu. Saya benci pada kerja rutin (kerja berulang) dan kurang gemar mengira. Saya suka berangan-angan, suka melancong ke luar negara, suka memerhati sambil berfikir, saya suka bercakap dan menulis dan sangat teruja apabila berada di kedai kopi. Saya agak lemah dalam pengurusan masa tetapi boleh melaksanakan tugas lebih masa. Saya suka memerhati perangai manusia dan saya sangat lemah didalam memberi fokus apabila sedang berbual. Bapa saya garang, ibu saya tidak garang. Adik-adik saya pula takut pada saya"
Sudah selesai nampaknya sesi memperkenalkan diri saya kepada anda. Resepi pertama apabila kita mahu disenangi oleh orang lain ialah kenalkan diri kita terlebih dahulu sebelum orang lain memperkenalkan diri mereka dahulu. Pesanan penting untuk anda ialah
"KITA PERLU KENALI DIRI KITA DAHULU SEBELUM ORANG LAIN KENAL KITA".
Resepi penting ini perlu dijadikan amalan yang utama terlebih dahulu sebelum saya bawa anda bergerak jauh ke alam KERJA BEBAS yang mengembirakan dan kesenangan yang amat dinanti-nantikan.
AMALI: Sila perkenalkan diri anda terlebih dahulu setiap kali bertemu dengan orang baru atau yang belum anda kenali.
DURASI AMALI: 30 hari
CADANGAN: email kepada saya di kerjabebas101@gmail.com dan perkenalkan diri anda. Saya ada bonus istimewa untuk anda.








Comments